Saturday, December 14, 2019

Pendahuluan Qiraat



Assalamualaikum semua...semoga pelajar-pelajar ustazah sentiasa bahagia di dalam rahmat Allah. Semua dah penat belajar ke? yelah kelas KKQ kita selalu petang je kan..tapi takpe kita penat dalam berilmu lebih baik daripada tenat dalam kejahilan bak kata Imam Syafie :



Ok berbalik kepada pembelajaran kita hari ni, ustazah nak mulakan dengan satu cerita. Jom kita dengar kisah daripada Umar Al- Khattab.

Umar bin Khattab berkata, " Aku mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah al Furqaan semasa Rasulullah masih hidup, dan aku menikmati bacaannya. Ternyata dia membaca dengan dialek yang berbeza yang Rasulullah belum pernah membacakannya kepadaku sehingga hampir saja aku menarik kepalanya ketika solat. Namun aku berusaha menahan kesabaranku hingga ia mengucapkan salam, lantas aku mengikatnya dengan pakaiannya dan aku tanyakan, ' Siapa yang mula-mula membacakan surah Al Quran kepadamu yang aku dengar engkau membacakannya? ' ia menjawab , ' Rasulullah yang membacakannya kepadaku! Aku lalu berkata, 'Engkau dusta, sebab rasul membacakan kepadaku tidak seperti yang engkau baca.' Maka aku bawa Hisyam bin Hakim kepada Rasulullah dan aku laporkan, 'Aku telah mendengar orang ini membaca Al Quran tidak dengan dialek seperti yang engkau bacakan kepadaku.' Kemudian Rasulullah berkata : 'Lepaskan dia, bacalah wahai Hisyam!' 'Lantas Hisyam membaca bacaan yang sebelumnya aku mendengarnya, kemudian rasulullah bersabda :' Begitulah surat itu diturunkan! ' Lantas Rasulullah bersabda :'Bacalah wahai Umar!' Aku pun membaca sebagaimana yang baginda bacakan kepadaku, dan beliau juga menjawab ' Begitulah ayat Al Quran diturunkan, sesungguhnya ayat Al Quran ini diturunkan dengan tujuh dialek, maka bacalah apa yang mudah bagimu'."

Apa itu tujuh dialek atau tujuh huruf? Jom kita tengok apa itu tujuh huruf yang dimaksudkan...


Monday, December 9, 2019

Ilmu Qiraat





Assalamualaikum pelajar-pelajar ustazah, diharapkan kamu semua sihat di bawah kasih sayang Allah.. Jadi hari ni ustazah ada sediakan sesuatu untuk kamu semua untuk pembelajaran kita pada hari ni.... Jom ustazah belanja satu video.. Kena tengok video dulu tau. Ingat!!! Jangan ngelat, Allah nampak...




Alhamdulillah, kita dah dengar bacaan tadi..merdukan dia punya suara...ehh tapi kejap!! Kenapa dia baca surah ad-Dhuha macam tu?? kat mana yang dia ubah tu??? Kenapa dia ubah?? betul ke bacaan dia?? nampak macam imam masjid Nabawi, tapi takkanlah salah baca?? hmmmm...

Tak, dia tak salah baca ye adik-adik, bacaan cara dalam video tu juga merupakan salah satu bacaan Rasulullah jugak..dan ilmu cara bacaan Al-Quran ini, dinamakan ilmu Qiraat ..Apa itu Ilmu Qiraat??? haaa itulah tajuk yang kita akan belajar hari ini iaitu Ilmu Qiraat.



Ilmu Qiraat


Pendahuluan

Al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Baginda menerima bacaan al-Quran yang betul melalui malaikat Jibril sesuai dengan kehendak Allah SWT. Setelah itu, Rasulullah mengajarkannya kepada para sahabatnya sama seperti yang diajar oleh Jibril kepada baginda. Malaikat Jibril sendiri mengajar al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dengan سبعة أحرف ( Tujuh Huruf).

Para sahabat pula mengajar kepada tabi'in, kemudian para tabi'in pula mengajarkannya kepada qari-qari masyhur. Qari-qari masyhur itu pula bukan semuanya dari kalangan orang Arab bahkan terdiri daripada pelbagai suku seperti Tamim, Asad, Qais dan sebagainya. Dengan ini, tentunya pelbagai ragam lahjah qiraat, lafaz atau bahasanya. Dengan demikian qiraat al-Quran itu tidak sama tetapi berbeza-beza menurut keadaan tempat dan lidah menurutnya. Namun begitu, maksud dan isi al-Quran tidak berbeza atau berubah oleh perbezaan tersebut. 






Takrif al-Qiraat As-Sab':

Kalimah Qiraat berasal daripada kalimah قَرَأَ,يَقرَأُ,قِرَاَءَةً bermaksud wajah-wajah atau cara-cara bacaan.


Dari segi istilah ilmu qiraat ialah;

1. Cara-cara atau wajah-wajah bacaan yang dinisbahkan kepada imam-imam Qiraat.
2. Wajah-wajah bacaan tertentu yang terdapat pada kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus kepada Rasulullah.





Hukum belajar dan mengajar

Hukum belajar dan mengajar ilmu Qiraat adalah fardhu kifayah.


Kelebihan mempelajari Qiraat As-Sab'

Terdapat banyak kelebihan mempelajari Ilmu Qiraat, antaranya;
1. Terpelihara daripada sebarang kesalahan sebutan kalimah atau bacaan al-Quran.
2. Dapat menjaga kalimah al-Quran daripada sebarang penyelewengan dan pengubahsuaian.
3. Dapat mengetahui segala bacaan imam Qiraat yang mutawatir.
4. Dapat membezakan antara bacaan yang dibenarkan dan yang syazzah.
5. Dapat mempelbagaikan wajah bacaan al-Quran.


Penilaian Pendahuluan Ilmu Qira'at 

Adik-adik sudah menelaah apa itu ilmu Qiraat as-Sab' dan perkara yang berkaitan dengannya?

Jom sama-sama kita mengulangkaji sedikit latar belakang Qira'at as-Sab' okey adik-adik. Sila tekan pautan-pautan  di bawah : 


Penilaian Ilmu Qiraat 1







Penilaian Ilmu Qiraat 2

Ayuh sertai permainan kuiz Kahoot! untuk menguji pengetahuan adik-adik ^_^
Lagi ramai lagi meriah!
Sila tekan link di bawah untuk bermain kuiz Kahoot!




https://create.kahoot.it/share/duplicate-of-kahoot-al-qiraat-as-sab/cc0da944-f5b3-4133-8e3d-0fedff6e3e63


Penilaian Ilmu Qiraat 3

Mari uji minda anda !!! Sila tekan pautan di bawah ...........




quizizz.com/join/quiz/5df655a12bc354001b663927/start?from=soloLinkShare&referrer=5df65389e69556001c2bdaf5&startSource=link 

Pendahuluan Qiraat

Assalamualaikum semua...semoga pelajar-pelajar ustazah sentiasa bahagia di dalam rahmat Allah. Semua dah penat belajar ke? yelah kelas ...