Assalamualaikum pelajar-pelajar ustazah, diharapkan kamu semua sihat di bawah kasih sayang Allah.. Jadi hari ni ustazah ada sediakan sesuatu untuk kamu semua untuk pembelajaran kita pada hari ni.... Jom ustazah belanja satu video.. Kena tengok video dulu tau. Ingat!!! Jangan ngelat, Allah nampak...
Alhamdulillah, kita dah dengar bacaan tadi..merdukan dia punya suara...ehh tapi kejap!! Kenapa dia baca surah ad-Dhuha macam tu?? kat mana yang dia ubah tu??? Kenapa dia ubah?? betul ke bacaan dia?? nampak macam imam masjid Nabawi, tapi takkanlah salah baca?? hmmmm...
Tak, dia tak salah baca ye adik-adik, bacaan cara dalam video tu juga merupakan salah satu bacaan Rasulullah jugak..dan ilmu cara bacaan Al-Quran ini, dinamakan ilmu Qiraat ..Apa itu Ilmu Qiraat??? haaa itulah tajuk yang kita akan belajar hari ini iaitu Ilmu Qiraat.
Ilmu Qiraat
Pendahuluan
Al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Baginda menerima bacaan al-Quran yang betul melalui malaikat Jibril sesuai dengan kehendak Allah SWT. Setelah itu, Rasulullah mengajarkannya kepada para sahabatnya sama seperti yang diajar oleh Jibril kepada baginda. Malaikat Jibril sendiri mengajar al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dengan سبعة أحرف ( Tujuh Huruf).
Para sahabat pula mengajar kepada tabi'in, kemudian para tabi'in pula mengajarkannya kepada qari-qari masyhur. Qari-qari masyhur itu pula bukan semuanya dari kalangan orang Arab bahkan terdiri daripada pelbagai suku seperti Tamim, Asad, Qais dan sebagainya. Dengan ini, tentunya pelbagai ragam lahjah qiraat, lafaz atau bahasanya. Dengan demikian qiraat al-Quran itu tidak sama tetapi berbeza-beza menurut keadaan tempat dan lidah menurutnya. Namun begitu, maksud dan isi al-Quran tidak berbeza atau berubah oleh perbezaan tersebut.
Takrif al-Qiraat As-Sab':
Kalimah Qiraat berasal daripada
kalimah قَرَأَ,يَقرَأُ,قِرَاَءَةً bermaksud wajah-wajah
atau cara-cara bacaan.
Dari segi istilah ilmu qiraat ialah;
1. Cara-cara atau wajah-wajah
bacaan yang dinisbahkan kepada imam-imam Qiraat.
2. Wajah-wajah bacaan tertentu yang
terdapat pada kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus
kepada Rasulullah.
Hukum belajar dan mengajar
Hukum belajar dan mengajar ilmu
Qiraat adalah fardhu kifayah.
Kelebihan mempelajari Qiraat As-Sab'
Terdapat banyak kelebihan
mempelajari Ilmu Qiraat, antaranya;
1. Terpelihara daripada sebarang
kesalahan sebutan kalimah atau bacaan al-Quran.
2. Dapat menjaga kalimah
al-Quran daripada sebarang penyelewengan dan pengubahsuaian.
3. Dapat mengetahui segala bacaan
imam Qiraat yang mutawatir.
4. Dapat membezakan antara bacaan
yang dibenarkan dan yang syazzah.
5. Dapat mempelbagaikan wajah
bacaan al-Quran.
Penilaian Pendahuluan Ilmu Qira'at
Adik-adik sudah menelaah apa itu ilmu Qiraat as-Sab' dan perkara yang berkaitan dengannya?
Jom sama-sama kita mengulangkaji sedikit latar belakang Qira'at as-Sab' okey adik-adik. Sila tekan pautan-pautan di bawah :
Jom sama-sama kita mengulangkaji sedikit latar belakang Qira'at as-Sab' okey adik-adik. Sila tekan pautan-pautan di bawah :
Penilaian Ilmu Qiraat 1
Penilaian Ilmu Qiraat 2
Ayuh sertai permainan kuiz Kahoot! untuk menguji pengetahuan adik-adik ^_^
Lagi ramai lagi meriah!
Lagi ramai lagi meriah!
Sila tekan link di bawah untuk bermain kuiz Kahoot!
Penilaian Ilmu Qiraat 3
Mari uji minda anda !!! Sila tekan pautan di bawah ...........
quizizz.com/join/quiz/5df655a12bc354001b663927/start?from=soloLinkShare&referrer=5df65389e69556001c2bdaf5&startSource=link